28 November 2010

KORBAN






Citer dah basi pun... tapi nak gak tempek gambo kat sini... sebabnya dah lama tak berupdate... huhu.. namanya dah cuti sekolah... tapi still sibul lagi... minggu lepas, seminggu direct gi sekolah hari Isnin-Jumaat... Emm esok pun rasa macam nak kena pegi... banyak keje nak kena settle... Keje.. keje..keje selagi belum pencen dan selagi belum tutup mata... Lainla kalau dah jadi macam lembu kat atas... dah tak payah kerja dah... 

13 November 2010

OVERNYA BUDAK KECIK NI :)



Hahaha.... korang dah tengok video budak kecik yang over tu??? over sampai selak-selak baju lagi... perut dahla cute je... bolat :)... Haishh... kalo dah pandai buka butang baju tu sendiri rasanya dah jadi macam Faizal Tahir dah... Faizal Tahir takpe gak buka baju masa buat konsert sendiri... Tapi..... ini budak, selak baju masa tengok konsert... tak ke over...

Kalo korang yang tak perasan, yang Adib ghairah sangat dok tengok tu rancangan ulangan Mari Menari.... Poyo macam dia pun nak menari sama... :) yang dia suka tu sebab, kan penonton2 dalam tv tu dok terjerit2.. tu yang dia pun excited sama.....

Budak kecik ni memang... selalu aku bukak kan citer tom-tom bak tu... dia suka... bila orang tepuk tangan dia pun ikut tepuk... tu yang orang terkinja2  tengok konsert mari menari dia pun sama naik ... Ish... takleh kasi tengokla lepas ni... laqho... Rosak anak aku

12 November 2010

Makbulkanlah Ya Allah....


Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati laki aku.... Sebenarnya, baru2 ni laki aku ada apply KPLI... :)

Sebelum ni aku ada juga suggest dia minta jadi cikgu... tapi... Lelaki mana minat nak jadi cikgu... Tu sebab cikgu laki makin pupus :) .Memang tak dinafikan ramai yang jadi cikgu bukan sebab minat, tapi sebab susah nak cari kerja lain... tapi tak semestinya orang yang pada mulanya tak minat tak mampu jadi cikgu yang baik...

Macam laki aku ni, dulu aku soh jadi cikgu takdela dia cakap tak minat atau tak suka... cuma dia slalu tanya aku balik, " ayang rasa, abang sesuai ke jadi cikgu??" lagi satu dia kata dia tak pandai dan takut salah bagi ajaran pada budak2... aku mestila nak defend kerjaya aku kan.. :) yela, sebagai cikgu, takkan kita nak ajar yang tak betul dekat  budak2 kan... yang penting nawaitu kita tu mesti betul.. nak sampaikan ilmu dan sesuatu yang baik untuk mereka... nampaknya laki aku dah terminatla kot... :)

Emm.. Apapun dia akan peksa Mtest dulu hari Sabtu ni.... harap-harap lulusla... dapat interview dan berjaya jadi seorang guru... yela cikgu lelaki pun dah makin pupus kan... kawan2 tolongla doakan agar suami I berjaya ye... Amin...










                                                                                       P/S : Abg, jgn jadi cikgu mcm ni ye... :)

ciri-ciri blog yang tak best


perenggan
Kita blogger baru? Tak ternama? Mesti pernah terdetik dalam hati kita kan, kenapalah blog aku ni tak ramai orang lepak-lepak. Komen pun tak banyak. Tak cukup bagus ke entri aku tulis ni? Bila masuk blog-blog yang ternama, kita terfikir. Apalah yang hebat sangat blog mamat/minah ni sampai ada 1,000 follower. Sama je macam blog aku. Kita pun cepat je buat kesimpulan, emm.. sebab dia ni model/artis kot, itu trafik blog tak putus-putus.
Walaupun kita seorang blogger, kita juga seorang pembaca. Takkan nak baca blog sendiri je, itu namanya blogger syok sendiri. Hehe. Jadi pernah tak kita rasa apa yang pembaca rasa bila baca sesuatu blog ni? Kita mesti sibuk nak komplen pasal blog tu, blog ni. Padahal kita pun bukannya bagus sangat. So, untuk entri ni saya nak berkongsi idea mengenai ciri-ciri blog yang kurang digemari oleh pembaca-pembaca.
1. Font CAPS LOCK
Dulu-dulu kita kat sekolah rendah ada belajar kan pasal penggunaan huruf besar dan huruf kecil? Tapi kenapa tak nak aplikasikan benda tu bila tulis blog? Sebab ada sesetengah blog yang suka guna CAPS LOCK dari tajuk sampai ke ending. Kalau emosi tak stabil, terus saya terus tekan tanda ‘X’ yang berwarna merah di bahagian atas sebelah kanan. Rugikan? Penat je kita buat blogwalking dan ping-ping entri blog.



2. Font colourful
Walaupun dah besar panjang ni, kita masih terbawa-bawa sifat ke’tadika’an kita tu. Tulisan semua kaler ada, meriah macam kanak-kanak tadika. Hehe. Tak salah rasanya kalau nak guna kaler-kaler tu untuk highlight point-point penting. Tapi seboleh-bolehnya elakkan penggunaan kaler-kaler yang pelbagai ni nanti pembaca boleh pening baca hasil tulisan korang. Penulisan korang yang menarik boleh jadi tak menarik sebab kaler tulisan ni. Seelok-eloknya guna tulisan kaler hitam je.
3. Lagu autoplay
Kalau ada yang lemah jantung, pembaca mungkin tersentak dengan lagu-lagu autoplay di blog korang. Ni kalau guna lagu-lagu rock dan rancaklah. Kalau lagu-lagu slow, mendayu-dayu rasanya ok lagi kot.
Mungkin ada 3 tindakan yang pembaca akan buat. Pertama: teruskan membaca blog korang sambil layan lagu-lagu tu. Kedua: mute sound system di laptop atau pc dan teruskan membaca. Ketiga: tekan tanda ‘X’ berwarna merah. Jadi buat apa nak tanggung risiko hilang pembaca? Kalau nak letak lagu, letaklah lagu-lagu yang bukan autoplay. So, pilihan pembaca nak dengar atau tak lagu-lagu tu.
4. Entri tiada perenggan
6 tahun kita kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah. Cikgu tak ajar ke kalau nak buat karangan kena ada perenggan? Bila kita membaca buku, novel dan sebagainya, kita kadang-kadang nak berfikir sekejap dan rehat-rehatkan minda kan. Macam mana kalau buku kita baca tu takde perenggan langsung. Mesti kita bakar je kan buku tu? Tak pun simpan je dalam tong sampah. Penulisan blog pun mesti ada perenggan. Bagi masa kat pembaca untuk rehat dan berfikir mengenai apa yang kita tulis di blog.

5. Tiada gambar
Bayangkan blog yang kita baca tu dahlah takde perenggan langsung, lepas tu gambar-gambar pun tak nak letak. Apakah? Kadang-kadang bila kita letak satu gambar tu, pembaca akan berfikir, apa kaitannya gambar tu dengan entri yang kita tulis. Kalau pembaca tu berfikiran abstrak, mesti dia kagum dengan blog kita dan terus dorang tekan ‘Follow’ dekat list follower korang. Kalau letak gambar-gambar lucu pun boleh melegakan sikit kepala sebab ada hiburan ringan di samping entri blog yang panjang.
6. Lambat load, banyak widget
Ini lagi satu halnya, nak sangat blog kita nampak gempak, macam-macam widget kita letak. Konon jelah nampak cantik tapi tak cantik pun sebenarnya. Kesannya, blog lambat nak load. Dahlah guna celcom, maxis, digi berukband yang slow nak m@#*& tu. Pembaca apa lagi, terus tekan tanda ‘X’, buang masa tunggu loading. Satu lagi kerugian buat korang.
7. Tulisan kecik sangat
Alahai, tulisan macam semut. Nak baca kena guna kanta pembesar baru nampak. Blog-blog yang tak mesra pembaca ni senang je, terus tekan tanda ‘X’. Apalah salahnya guna tulisan besar sikit, standardla saiz 12. Jangan guna saiz 8.
8. Tulisan sekejap besar sekejap kecik + ejaan gedik
Ni lagi satu kegilaan blogger-blogger baru, biasanya remaja-remaja perempuan yang masih bersekolah atau baru habis SPM. Konon nak ikut trend tapi bila baca blog macam ni rasa menyampah pun ada rasanya. Pembaca pun annoying dengan abjad yang dicampur-adukkan dengan nombor. Ingat citarasa korang tak semestinya citarasa pembaca jugak. Fikir-fikirkanlah.
 
P/S : Info ni aku dapat kat blog ni.... bagus juga untuk blogger baru tak glemmer mcm aku :) TQ




11 November 2010

SENI KOPI POTRET MONALISA





Sumber ni aku dapat kat mana ntah... tak ingat dah... Kalau korang nak tau gambar Mona Lisa ni dibuat dengan hanya menggunakan kopi! knape??? tak percaya???

Utk hasilkan gambar Mona Lisa ni, sebanyak 3604 cawan kopi diperlukan. Untuk nak kasik ada effect shading, diorang ni cuma adjust tambah susu je. Pergh memang terer arr diorang ni...

07 November 2010

ANAK RAJIN KE IBU YANG MALAS ???!!!


Ok..ok.. ibu mengakula... tgok umah pun bersepah je kan.. hehe.. actually ni umah abah, ibu balik ari rabu semalam je sampai ari sabtu ( cuti Deepavali ).... biasala orang laki kalau dah tinggal bujang..(hehe.. nak salahkan laki jugak tu )

Kalau korang yang tak tau, aku gan hubby aku dah almost  two years dah dok jauh2.. aku kat Mersing laki aku kat Batu Pahat... Apa nak buat... keje ngan orang macam nila...

Balik pada citer asal... memangla umah bersepah, kuar jalan, yang kotak tu, kotak vacum cleaner, yang lama dah rosak, pastu baju bersepah-sepah tu tgah basuh baju, yang dalam bakul baju yang dah angkat.. Laki aku tengah sibuk pasang vacum yang baru beli tu... yang si kecik tu pulak..... agak dia rasa umah bersepah kot, nak tolong ibu la konon... nampak sangat ibu pemalas ek... sibuk nak pakai vacum... padahal.. guna penyapu pun boley.. kan Dib kan....

Baikla... Ibu insafla... ni last entry arini... esok2 ibu update lain... nak gi buat keje.. esok sekolah... huhu..

KALAULA BOLEH BELI SATU LETAK KAT RUMAH....

Emm...kalaula boleh beli sebijik mesin ni letak kat rumah kan bagus... senang ibu, asal Adib mengaruk atau ibu nak buat keje, boleh je letak Adib main ngan Thomas and Frenz... Adib pun baik je main kete api tu... 

Emm kalo cakap kat abah mesti abah kata " ada dua seat lagi, kena tambah adik la untuk Adib" Ayoyo... Ntah la laki aku semenjak dua menjak ni, dok cakap " kalo Adib ada adik, ada gak kawan dia nak main... "  Amboi... ingat aku ni apa... Mentang2  ada kawan dia yang isteri c-zer macam aku juga, anak baru setahun dah mengandung pula. Ada sorang tu, anak baru umur setahun dah ada pula 2 bulan dalam perut.... Amboi orang tambah anak, dia pun nak tambah.. Nanti2la... ada rezeki adala.... Diorang tu pun sebab terbabas... Ngeee.. :)

BILA DAH DAPAT KAKI... MACAM NI LA...

Cuti Deepavali ari Jumaat aritu takde gi memana pun.... daripada dok rumah berperang dengan Adib baik gi jenjalan... Jalan pun bukan pegi mana, gi BP Mall je... tu pun penat jugak melayan Adib... Wah... dukung dah taknak... minta lepas nak jalan.. Jalan pun orang pimpin tangan taknak.. ditepisnya tangan ibu dengan abah... belagak kau ye Dib... ibu bukan apa, awak tu kecik lagi... orang bukan nampak awak, kalau lalu celah2 orang tak pasal-pasal kena langgar ...

Dahla tu, jalan pusing tempat yang sama, berkali-kali tawaf.. tu ibu ambik video 2 kali je, tapi sebelum tu dah 3 kali dia pusing... teringin naik naik benda alah tu gamaknya... tunggula besar sikit nak oii... Ibu bukan apa, nak temankan naik, macam tak confident je... Nak suruh abah temankan pun ibu tengok budak2 je naik... takot terlebey muatan sudah.... nanti Adib dah besar kita naik ye... :)

05 November 2010

HAPPY DEEPAVALI




"HAPPY DEEPAVALI"
 
UNTUK SEMUA YANG BERAGAMA HINDU

03 November 2010

ADIB JALAN-JALAN DI PANTAI...


Citer dah basi pun.... tapi upload jugala sebab opah dengan wan kat kampung nak tengok... lama sangat video ni terperap dalam hp abah Adib...

Ni kira first time gak la Adib berjalan kat luar.. sebelum tu kasi training jalan kat pasar raya dulu... :) jatuh pun tak sakit... tapi nampaknya Adib dah pandai balance badan.... yang tak tahan tu tangan sebelah kiri dia macam minta dipimpin... yela sebelum ni ajar dia berjalan pimpin dulu sebelah angan tu.... tu yang dia perasan mcm orang pimpin tangan dia... hehe... klakorla Adib... :)

02 November 2010

BODEK CIKGU....

Minggu peksa dah pun abis... minggu ni sibukla dengan menanda kertas... mau tak sibuk esok dah nak kena masukkan markah.. kalo tak takley raya oOoo!!!.. ( sibuk je pompuan ni... macamla nak buat muruku ) dahla aku banyak paper last day... banyak lak tu... bm 2 kertas, sains ada 3 kelas... semua ada 5 kertas... ayoyo.. pening....

Tapi biasala... cikgu sempatla lagi ber FB dan berblog... kalo tak tensen gak... dalam2 banyak paper, slalunya yang paling last aku tanda tiap2 kali peksa haruslah BM PENULISAN... Adoi.. aku lemah betul bab nak membaca karangan bebudak ni... merapu meraban... tolongla... tahun depan janganla bagi aku ajar BM lagi... rosak budak wei... dahla cikgu ngajo Sains ngan BM.. Fenin woi... kadang-kadang bila lepas kuar kelas Sains masuk lak kelas yang ngajo BM... Speaking la kunun... digelak dek budak2...  cikgu pun lupa.... ngajo BM la pulok....

Tapi dalam banyak-banyak... ni la yang paling aku tak tahan.... soalan soh buat karangan, budak pi buat pantun lak... seb baik la cikgu ni tak makan puji... Atiqah... Atiqah... ( budak ni nama Atiqah ) Udah-udah le puji cikgu...


ko kalau ye pun, janganla samakan cikgu dengan kucing... apa daaa..

DUIT RAYA ADIB




Punyala lama ibu simpan duit raya Adib... sampai dah nak raya pulak... Jumaat ni dah raya Deepavali... kalo deepavali dapat gi beraya kat umah uncle2 kat estet dapat la jugak tambah duit raya kan... :) sebenarnya duit raya Adib dah lama ibu kira, ingat nak simpan bank... tapi arini kira, esok ada lagi orang kasi, sampai lepas raya pun dapat lagi... setakat ibu dah masukkan dalam tabung haji, duit raya Adib tahun ni RM 480.... Banyak tu..... semua ibu simpan dalam tabung haji.. nanti leh cepat naik haji :) tak pun ibu tak cukup duit nak gi haji leh pinjam Adib dulu... ngenge... boleh cenggitu???
Daisypath Anniversary tickers