28 Februari 2011

ADIB YANG DAH BOLEH HARAP




Kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya... betul tak... Alhamdulillah... Adib sekali ajar je dah faham.. bila buka je baju dia  nak mandi, suruh hantar dapor masuk dalam baldi, tau je dia pegi.. sekali tu baldi tu dah agak penuh, ada yang lengan baju terkeluar dari baldi, dia masukkan dalam baldi . pastu baju dalam baldi tu dia tekan2 bagi padat... kalo baldi t terketengah dia tolak ke tepi...

emm... boleh harap dah anak ibu... sejuk perut ibu mengandungkan Adib... hehe puji anak lebey2 plak.. yela, anak sendiri, sape lagi nak puji kalau bukan mak dia... lagipun pujian tu kan doa juga buat anak.. semoga anak kita semua menjadi anak yang menjadi kebanggan kita.. :)

OTAK LETAK KAT LUTUT MACAM NI LA..



 




Kalau aku makan kat situ... depan-depan dia aku muntah... Terus pi sound soh tutup bontot.. Loya tekak orang.. Bodoh sungguh...




Aku pelik la manusia-manusia macam ni... nak glemer haram agaknya... Dah glemer la korang kat google tu.. meh aku nak lebeh glemerkan korang... Insaf-insafla wei... Kalau tak nak pakai tudung jangan pakai.. mencemarkan imej wanita Islam yang memakai tudung je...

26 Februari 2011

A Stands for Adib


Geramnya aku.. sikit lagi bermural la dinding rumah ni... nak kata kita letak barang sepah-sepah, pensil dok dalam pencil box pun dia pandai bukak.. apa yang dia tak pandai... handbeg ibu pun pantang dia nampak..mesti dia bukak... kalau la ada jual beg yang zip tu diletak mangga kecik rasa dah lama dah aku beli...


Tengok budak kecik ni... tengok pulak dinding kat belakang tu... dengan muka tak bersalah leh senyum lak tu... ( yela.. apa dia faham )


Sampai patah mata pensil tu...


Nampak macam dia tulis huruf A pulak... nak eja nama kot... hari ni baru pandai A.. gamaknya kalo esok lusa dah pandai huruh D.... I.... B... penuhla dinding rumah ni... 


13 Februari 2011

Mamam..Mamam dan Mamam...

Ramai juga kawan-kawan aku yang selalu mengadu.. asal timbang anak kena marah sebab berat anak tak naik... susah jugak ek macam tu.. bkannya kita tak bagi anak makan.. Macam aku so far ok la.. berat Adib pun cantik je.. Adib pun takde masalah makan.. Tapi kekadang tu ada juga masa dia tak nak makan.. macam baru ni dia taknak makan.. minum susu je.. try bagi bubur nasi, rupanya nak makan bubur pulak.. Agaknya dia pun jemu nak tukar-tukar selera.

Bab makan takde masalah, tapi masalah lain pulak.. Dah pandai nak makan jajan.. makanan remeh2... Tapi takdela makan jajan sangat.. keropok berperisa tu takla... tapi macam keropok ikan, biskut yang agak manis... tapi kena control la.. Bagi jugak.. tak bagi melalak... Pandai pulak tu ambil kasi kita suruh bukak.. emmm :)

Nak nangis bila ibu lari taknak bukak :)


Keropok ikan


Ni pun nangis kejar ibu suruh buka tupperware nak biskut.. :)

Dutch lady kids...

Mamam biskut

11 Februari 2011

BANGSAT PUNYA ATOK

 

 
 
KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sana semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun. 
 
 
Geram bila tengok berita semalam... Tergamak datuk rogol cucu.. Dah tua bangka... Jalan pun dah terketar-ketar... rumah kata pergi, kubur kata mari... Rogol pulak dekat kandang lembu.....Bukan takde bini orang tua ni... Kalau kemaruk sangat mintakla bini dia... 
 
Tapi ntahla.. betul ke orang tua ni punya keje... Ntahla tunggu hakim jatuh hukumla... Tapi hati tetap geram dengar kes-kes rogol ni...




Daisypath Anniversary tickers