14 Januari 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME

 Tanpa mak&ayah takde lah aku di dunia ni...

Sedar tak sedar dah makin tua aku... Sykur Alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk terus bernafas dan menikmati kehidupan dia atas bumi ni... Alhamdulillah dah 30 tahun umur aku sekarang.. Huhu.. sedih jugak umur dah makin berganjak tua.. Tapi aku bersyukur dalam umur yang begini aku dah ada kerja yang tetap, dah ada suami dan seorang anak. Ada 2 orang emak dan jugak ayah dan abah..  Syukur sangat-sangat...

Pagi tadi.. awal-awal pagi mak dah kol nak ucap besday.. Sepatutnya aku yang ucapkan dulu pada mak... Tapi aku ada juga mesej mak dan ayah tadi.. Aku ucapkan terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang dari aku kecik sampaila aku dah besar panjang macam ni... Kalau tak kerana mak dan ayah takdela kau kat dunia ni... Rindu rasa nak jumpa mak ngan ayah... adik-adik aku, family aku...  :(

1 ulasan:

Daisypath Anniversary tickers