07 Januari 2011

AKU SEDIH... :(



Dua hari lepas aku telefon ayah aku... borak-borak, ayah mengadu 2,3 menjak ni dada dia selalu sakit (belah kiri ) pastu tangan belah kiri pun selalu kebas-kebas... ayah kata dada dia sakit berdenyut2.. ayah dah pegi chek dan sample darah dah ambil nak chek kenapa? sakit apa? ayah takut suspect jantung problem.. aku soh ayah gi check hospital...

Pagi tadi dalam pukul 10 masa aku kat sekolah, ayah mesej bagitau ayah kena masuk wad..petang  semalam ayah sakit sangat dada dan terus pegi hospital.. Aku telefon ayah, tanya apa doctor cakap, ayah kata doktor belum confirm jantung problem, tapi ayah ada tanya kawan ayah yang keje kat hospital tu dan dia cakap doktor cakap jantung problem.. :(

Ayah mengadu dengan aku sakit sangat, sakit dada, tangan kiri dan tulang belikat. Ayah kata sakit sampai rasa macam nak nangis aje... :( Aku tau ayah rasa sakit sangat-sangat, sebab sebelum ni, ayah kalau sakit sangat pun tak penah bagitau anak-anak...

Apa aku boleh buat selain daripada berdoa supaya Allah memberikan kesejahteraan dan kesihatan buat ayah aku... Kalau ikutkan hati, memang malam ni jugak aku nak balik, tapi bukan dekat, esok pulak aku sekolah... Nak ambik cuti??? Orang tak faham... Orang selalu kutuk cikgu, keje senang banyak cuti.. Tapi orang tak tau yang cikgu susah nak ambik cuti... cuti yang BOLEH DIAMBIL setahun cuma 7 hari.. 7 hari tu jela kalau ada kecemasan, anak sakit dan sebagainya...

Takpelah, aku harap ayah takde apa-apa.. Insya-Allah... Aku doakan ayah cepat sihat... Cuma doa yang mampu aku panjatkan agar ayah cepat sihat, diringankan kesakitan yang ditanggung... Anie sayang ayah.

Aku harap kawan-kawan yang baca entry ni tolong doakan ayah aku cepat sihat ye...

3 ulasan:

  1. sabar ye anie.... tu la kan.... kekadangan banyak dugaan... insyaallah... mama yana doakan moga2 kesihatan ayahanda anie akan lebih baik....

    BalasPadam
  2. thanks mama yana, harap2 macam tula...

    BalasPadam
  3. macam mn ayah hg la ni ani? dah sihat ka? dia keja lagi ka dah pencen?

    BalasPadam