31 Ogos 2010

53 TAHUN MERDEKA


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 53. Bersama-samalah kita memelihara kemerdekaan negara kita agar terus dinikmati oleh generasi kita yang akan datang





SELAMAT HARI LAHIR ANAK IBU...


SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA BUAT ANAK IBU YANG TERSAYANG... ADIB NAUFAL. SEMOGA PANJANG UMUR , MURAH REZEKI, SIHAT DAN GEMBIRA SELALU. SEMOGA MENJADI ANAK YANG BAIK, SOLEH SERTA MENJADI KEBANGGAAN IBU DAN ABAH SERTA MENJADI KESAYANGAN SEMUA. IBU DAN ABAH SAYANGKAN ADIB... :)




KEK BESDAY ADIB

Adib yang sama horoscope dengan tok abah.. tok abah 27 Ogos Adib 31 Ogos



Kek disponsor oleh Pak Ngah Nazim

30 Ogos 2010

ANAK MERDEKA


Emm... kelakar tengok telatah Adib. Orang kat tv sibuk dok kibar bendera dia pun sibuk kibar bendera... semangat patriotik betul... maklumlah, anak merdeka. Lahir pun tarikh merdeka... yang kelakarnya sampai tercabut bendera tu... haha... Mana taknya, bendera tu dua tahun lepas punya, masa tu tok mak Adib dapat masa kene berbaris hari merdeka...masa tok mak keje misi dulu... Skang tok mak pun dah 2 tahun pencen... Emm.. bangga ibu sebab Adib yang tak faham apa benda lagi pun pandai kibarkan Jalur Gemilang... Kita???

26 Ogos 2010

::HAMPER RAYA::


 Kat Sri Gading ni rezeki kurangla... satu ni je hamper yg dapat... kalo nak dibandingkan masa kat Tangkak, memang murah rezeki... kurang2 pun 8 hamper leh dapat... kalau raya cina plak berkotak-kotak limau... emm takpela syukurla dengan reeki yang ada.

 Abah balik semalam Adib dah tido.. bangun pagi heran kot tengok tower apa tinggi sangat.. muka Adib baru bangun tido.

Tinggi hamper dari Adib :)

23 Ogos 2010

BAJU RAYA



Emm... citer basi sebenarnya... tahun ni paling best la sambut raya... tahun kedua sambut raya bertiga.. tahun lepas aku sambut raya dalam pantang, bersalinkan adib... so harap maklumla.. takdenya baju2 raya...
kiranya tahun ni balas dendamla... siang2 aku dah beli baju raya... dah siap gi tempah... siap je belum... bukan baju je dah siap beli sebelum puasa.. biskut raya pn aku dah order... orang lain order untuk makan hari raya.. aku order nak esok.. kemaruk la katakan.. tahun lepas orang raya aku berpantang...
citer balik pasal baju raya sebab tajuk entry baju raya kan... baju raya aku tahun ni warna biru... emm... tengok kain je rasa tak sabar nak raya.. esok2 dapat baju, mau hari2 aku cuba depan cermin.. ahaks....

Cantik tak warna ni???

Kain kosong tu untuk baju Abah dengan Adib...

Yang cantik ni tentula ibu punya... cantik tak? murah je..
beli kat Kamdar je.. memang berbaloi2



P/S : Mak Ndak belikan tudung warna biru ni la ye.. :)

08 Ogos 2010

SAMBUTAN 100 TAHUN SKBM


KEBERANGKATAN

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

BERKENAN MERASMIKAN

SAMBUTAN 100 TAHUN
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MERSING


8 Ogos 2010 lepas sekolah aku ni telah menyambut sambutan ulangtahun yang ke 100 tahun penubuhannya... punyala bape kali tangguh sebab cadangnya jemput TPM datang rasmi, tapi TPM sibuk la sangat2.. jadual penuh sepanjang tahun gamaknya.. takleh adjust dah

Ingat dah senyapla majlis 100 tahun tu.. tup2 GB bagitau sempena Kembara Mahkota Johor, Sultan Johor berkenan nak merasmikan 100 tahun SKM... ambik kau... dalam masa kurang sebulan je bertungkus lumusla kitaorang.. pagi petang siang malam datang sekolah... ( yg sampai ke mlm tu orang lain, aku ngelat lebeh... hehe )

Dah nama pun orang besar nak datang... bukan calang2 orang tu.. bukan taraf kita tu... persiapannya memangla... adoi.... dengan protokolnya....Apa pun majlis dah selamat.. tahniah la buat GB dan semua guru-guru dan pekerja SKBM... Tak sangka kita boleh handle majlis sebesar ni..Malas nak bebel panjang... layankan jela dulu gambo ni...





The banner

Tengah menunggu ketibaan Tuanku

Sempat lagi posing maut tu...

Yang berkemeja biru tu dato' DO dan isteri

Alamak langit dah makin gelap je...

Huhu.. hujan turun selebat- lebatnya

Kesian budak-budak bunga manggar dan kompang, abis basah.. tapi tetap setia menunggu keberangkatan tuanku.. cayalah...

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim

Melawat bilik pameran


Tugu 100 tahun skbm simbolik perasmian


Tengku Mahkota Johor... ( nak balik dah )


Cenderahati dari Kembara Mahkota Johor






06 Ogos 2010

PERSIAPAN MENJELANG 100 TAHUN SKBM






Dah 3 hari berturut dah rewang... sebelum tu sibuk dengan bersih2 dan mengecat je... 2 hari ni sibuk pasang langsir, gubah bunga, ngemas bilik pameran jek... ish ngalahkan rewang umah pengantinla... Dahla minggu ni aku sibuk berpuasa... 2 minggu straight puasa... huhu... letihnya... tapi sib baikla iman kuat.. kalau tak nyaris aku kena bayar fidyah ni... nila dugaan melairkan anak bulan puasa... seksa wei nak bayar balik... Dahla.. ntah apa lak aku dok bebel ni.. layan jelah gambo ni...
Daisypath Anniversary tickers