26 Oktober 2010

MAIN CAK- CAK :)

Ni cerita ari Ahad lepas... boring2 dok umah... leh pulak Adib ajak main cak2... asal ibu gi depan je dia nyorok belakang dinding tu... 

Mulanya tak perasan... selalu kalau dengar je enjin motor tok abah balik dari masjid gerenti dia meluru gi kat pintu.. tapi satu hari tu... tok abah balik dia tak pegi... dia tunggu balik dinding.. rupanya nak gempaq tok abah... haha.. pandai sungguh Adib... kalau kite pun buat2 terkejut lagila dia suka... emm layanla tgok video ni..

25 Oktober 2010

RESTORAN DITARIK BALIK SIJIL HALAL

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran 

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 

1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

  4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM 
.
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.


P/S- Info ni dapat dari facebook... sebar-sebarkanla kat kawan2...


KOD BABI PADA MAKANAN

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan
Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis.  Tugasnya adalah mencatat
semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan
produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan
Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh
sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada
juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya,
saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian
menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang
dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN
JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian
mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa
yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah
daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis
sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan
haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-
lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut?
Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara)
kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi
tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi.
Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal
kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan
dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang
mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan
pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig
Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama
40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.



Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin
tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang
dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya
memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk
mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi.
Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan.
Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang
kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka
tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara
(civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan
penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang
yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai
lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi
(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim
kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh
karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara
Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat
serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara
Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui
oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan
dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan
multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut,
makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih
banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-
barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai
masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat
yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu
bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar
kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk
yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod
tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

03 Oktober 2010

NGANTUKNYA.... DIA

 

Hehe sian tengok anak ibu... tula.. time ibu soh tido taknak tido... bila ibu nak soh mandi time tu la dia ngantuk sangat... leh pulak tertido sambil duduk tu...  :) kejam tak aku buat anak aku macam tu??? patutnya angkat letak atas tilam ek.... takpela... skali skala ibu dengki Adib.. hehe.. selalu Adib yang dengki ibu.. suka buli ibu... time ni kat umah abah kat Batu Pahat.. beranila ibu dengki Adib.. kalo tok mak tok abah ada tak beranila ibu... Adib kan cucu kesayangan... huhu ...
Daisypath Anniversary tickers